the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan lanjut tempoh peralihan e-invois setahun untuk syarikat RM1-5 juta

Kerajaan lanjut tempoh peralihan e-invois tanpa penalti setahun lagi bagi syarikat dengan jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, susulan kos tinggi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta.

Kumpulan ini pada asalnya dijadualkan memulakan e-invois bermula 1 Januari 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan itu dibuat kerana sebahagian syarikat belum bersedia susulan kos pelaksanaan yang tinggi.

“Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh peralihan (pelaksanaan e-invois) tanpa penalti untuk satu tahun lagi kerana banyak mengatakan dia melibatkan kos yang terlalu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperluaskan kemudahan e-Invois bersepadu kepada sektor peruncitan dan bahan binaan.

Kerajaan turut bersetuju melaksanakan program pengakuan sukarela bagi duti setem selama enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2026.

Pelaksanaan e-invois bermula pada 1 Ogos 2024 dan kini berada dalam fasa keempat.

Inisiatif ini merupakan usaha untuk memperkukuhkan pentadbiran cukai dan meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

E-invois ialah platform digital bagi memperkemaskan urusan invois dan pematuhan cukai.

Ia memerlukan perniagaan menjana dan menghantar invois secara elektronik bagi meningkatkan pelaporan dan kecekapan kutipan cukai sambil mengurangkan kebocoran.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Perhilitan tahan warga Bangladesh simpan 100 kura-kura tanpa lesen

Seorang lelaki Bangladesh ditahan kerana menyimpan 100 kura-kura dan labi-labi bernilai RM20,000 tanpa lesen di Butterworth, dengan haiwan itu dipercayai untuk dijual bagi tujuan keagamaan.

FastLane Wins Total Xero Award 2025 as It Leads Accounting Into the AI Era

FastLane Wins Total Xero Award 2025 as It Leads Accounting Into the AI Era. astLane Group is honoured to receive the Total Xero Award 2025, marking its third recognition from Xero following their Asia Advisory Partner of the Year 2024.
spot_img

Popular Categories