the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan perkukuh sistem amaran awal hadapi gelombang kedua banjir

Kerajaan perkuat sistem amaran awal dan kesiapsiagaan bagi hadapi gelombang kedua banjir di Pantai Timur dan Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi risiko gelombang kedua banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keutamaan adalah memindahkan penduduk lebih awal, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

“Kita tidak dapat menjangkakan dengan tepat, tetapi gelombang ini dijangka berlaku di Pantai Timur dan merupakan gelombang kedua yang akan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan juga Sarawak,“ katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menekankan pentingnya sistem amaran awal untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan dokumen.

“Yang penting ialah sistem yang telah diwujudkan dari segi kesiapsiagaan dan amaran awal, bagi memastikan pemindahan penduduk dapat dilakukan lebih awal,“ ujarnya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan akan menangani sebarang pertikaian berhubung isu premium tanah antara FELDA dan kerajaan Terengganu secara berhemah.

“Tiada perkara yang tidak boleh dirundingkan dan keutamaan kita adalah kepentingan dan kebajikan para peneroka,“ katanya.

Beliau berkata kerjasama antara Kerajaan Persekutuan melalui FELDA dan FGV dengan kerajaan negeri Terengganu akan diperkukuh bagi mencari penyelesaian terbaik.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Terengganu bersetuju melanjutkan tempoh remedi hingga 7 Januari depan susulan perkembangan positif rundingan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories