the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 9, 2025
24 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan salur 400 papan pintar ke 387 SJKT

Kerajaan salur 400 papan pintar interaktif bernilai RM5 juta ke 387 SJKT terpilih sebelum sesi persekolahan 2026 bermula.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 387 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) terpilih akan menerima 400 unit papan pintar interaktif bermula 20 Disember ini.

Inisiatif bernilai RM5 juta ini disalurkan oleh Kerajaan MADANI menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata pengagihan dijangka selesai sebelum sesi persekolahan 2026 bermula pada 10 Januari.

“Pengagihan dibuat berdasarkan data rasmi Kementerian Pendidikan,” katanya.

Setiap sekolah dengan 800 murid ke bawah menerima satu unit, manakala sekolah dengan lebih 800 murid menerima dua unit.

Ramanan berkata inisiatif ini menandakan komitmen kerajaan memperkukuh ekosistem pendidikan SJKT.

“Dengan kemudahan ini, sekolah turut diperkasa untuk menjadi hab pembelajaran digital,” katanya selepas majlis pelancaran di SJKT Vivekananda, Brickfields.

Beliau berkata ia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI agar murid tidak tercicir dalam arus pendigitalan negara.

Selain itu, kerajaan sebelum ini meluluskan RM12.8 juta untuk menaik taraf peralatan di 305 SJKT.

Program Tusiyen Percuma Kalvi MADANI bernilai RM8 juta dan Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta bernilai RM7.87 juta juga diperkenalkan.

“Melalui pelbagai inisiatif ini, MITRA telah memperuntukkan sebanyak RM33.67 juta bagi tujuan pendidikan awal dan rendah kepada anak-anak masyarakat India pada tahun ini,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories