the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan Selangor minta laporan insiden kecoh Selangor FC

Kerajaan negeri mahu laporan penuh insiden kekecohan dan prestasi Selangor FC selepas tersingkir ACL 2.

KLANG: Kerajaan negeri meminta pengurusan Selangor FC mengemukakan laporan penuh berhubung insiden kekecohan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 menentang Persib Bandung.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata pihaknya memandang serius situasi itu dan mahu laporan terperinci dikemukakan.

“Kami telah meminta Selangor FC memberikan laporan berhubung insiden berkenaan,” katanya selepas melancarkan Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026.

Beliau menegaskan kerajaan mahu memahami keadaan sebenar dan memastikan aspek keselamatan penyokong serta pengurusan acara berada pada tahap terbaik.

Dalam perlawanan itu, Selangor FC tewas 2-3 kepada Persib Bandung dan tersingkir daripada saingan ACL 2 musim ini.

Kekalahan itu menyebabkan penyokong meluahkan kekecewaan dengan segelintir mereka meluru ke dalam padang selepas perlawanan tamat.

Insiden berlanjutan di luar stadium dengan sekumpulan penyokong dilaporkan mengepung laluan keluar dan meminta bersemuka dengan pengurusan pasukan.

Mengenai isu prestasi pasukan, kerajaan negeri juga meminta pengurusan kelab mengkaji semula strategi taktikal dan teknikal.

“Kami memahami keresahan penyokong dan meminta pihak pengurusan menyediakan laporan terperinci mengenai prestasi dan keperluan penambahbaikan,” katanya.

Beliau menjelaskan walaupun Selangor FC beroperasi sebagai entiti korporat, kerajaan negeri tetap memainkan peranan melalui bentuk sokongan tertentu termasuk kewangan.

Tiada tempoh khusus ditetapkan bagi penyerahan laporan berkenaan namun ia perlu dikemukakan dalam tempoh munasabah.

“Saya minta CEO memberikan laporan penyebab prestasi pasukan dilihat menjunam pada ketika ini,” katanya.

Tujuan laporan ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi memastikan penambahbaikan dapat dibuat secara terancang.

Beliau berharap semua pihak termasuk penyokong terus memberikan sokongan kepada Selangor FC dalam usaha memperkukuh prestasi pasukan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories