the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan teliti cadangan pagar penghadang, lampu jalan di Jalan Sungai Korok

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

JERLUN: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra. Langkah ini diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya selepas kejadian tragis yang meragut nyawa sebuah keluarga awal minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai penambahbaikan infrastruktur di laluan tersebut. “Kita akan berbincang dengan JKR untuk membina guardrails di tepi sungai dan memasang lampu jalan di kawasan gelap,“ katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya menekankan bahawa isu ini akan disampaikan kepada menteri berkaitan bagi tindakan segera. Ahmad Zahid menyatakan perkara ini selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi tersebut di Kampung Bohor Karang.

Kejadian nahas itu mengorbankan enam ahli keluarga termasuk empat kanak-kanak selepas kereta yang dinaiki dipercayai terbabas ke dalam Sungai Korok. Kesemua jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang.

Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang terselamat akan dijadikan anak angkat Majlis Amanah Rakyat (MARA). “MARA akan membantu pendidikannya sehingga ke peringkat universiti. Beliau juga digalakkan untuk terus tabah dan rajin belajar demi masa depan,“ jelasnya.

Beliau menasihati Putri Qisya supaya sentiasa membaca surah al-Fatihah dan Yasin sebagai hadiah buat arwah ibu bapa serta adik-beradiknya. “MRSM bersedia menerimanya tahun depan, dan segala bantuan lain akan disalurkan,“ tambah Ahmad Zahid. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img