the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 2, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan teliti isu 36 jemaah umrah terkandas di Arab Saudi

Kerajaan akan dapatkan data terkini berhubung 36 jemaah umrah Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi sebelum ambil tindakan.

BACHOK: Kerajaan akan mendapatkan data terkini berhubung isu 36 jemaah umrah Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi dan merayu untuk pulang ke tanah air.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata perkara itu perlu diteliti dengan rapi sebelum sebarang tindakan diambil.

“Kita kena betul-betul teliti secara keseluruhan kerana ia melibatkan pelbagai perkara dan aspek,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penyerahan Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Aman, Kandis di sini.

Media tempatan hari ini melaporkan seramai 36 jemaah umrah Malaysia di Madinah masih belum mempunyai tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Jemaah itu mendesak agensi terlibat supaya menyegerakan urusan tersebut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

A Diamond is Forever And Lane Crawford Launch “The Forever Gifts: A Natural Diamond Series”

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - This season of giving, A Diamond is Forever joins hands with Asia's premier luxury retailer, Lane Crawford, in paying tribute to the beauty and authenticity of natural diamonds.
spot_img

Popular Categories