the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama erat Malaysia-Singapura penting untuk kemakmuran bersama, kata PM

PM Anwar Ibrahim tekankan kerjasama erat dan kepercayaan antara pimpinan Malaysia dan Singapura demi kemakmuran bersama dan hubungan dua hala

KUALA LUMPUR: Kerjasama erat, perbincangan mendalam serta libat urus berterusan dengan penuh kepercayaan antara pimpinan Malaysia dan Singapura penting demi kemakmuran bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura bukan sekadar negara sahabat, tetapi tetangga terdekat yang umpama keluarga, saling bergantung dan menyokong satu sama lain sepanjang hubungan diplomatik yang terjalin erat selama enam dekad.

“Saya dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berbangga dengan setiap pencapaian yang kita bina bersama.

“Semoga momentum ini terus memperkasakan hubungan Malaysia dan Singapura, membuka lebih banyak ruang kerjasama demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Semalam, Anwar  mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura untuk menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.

Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara merupakan mekanisme tertinggi untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta meneroka peluang baharu bagi memperkukuh hubungan dua negara jiran itu.

Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan dua hala bernilai USD78.70 bilion (RM339.39 bilion) dari Januari hingga Oktober 2025, mewakili 13.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara.

Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ten-Year Protection Becomes VinFast’s Edge in Harsh Middle East Markets

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - When VinFast celebrated the opening of its 350th service center in Vietnam, the milestone confirmed a strategy built around aftersale polices that have become one of the most powerful forces behind the company's rise.

Family Support Now Make-or-Break for Overseas Postings, New Study Reveals

LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 5 DECEMBER 2025 - Family wellbeing is emerging as one of the strongest predictors of success on international assignments – yet support for families has not always kept pace with modern mobility expectations, according to new research from AXA Global Healthcare.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories