the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama Sabah dan kerajaan pusat demi rakyat, kata Masidi

Masidi Manjun tegaskan kerjasama Sabah dengan kerajaan Persekutuan adalah realiti politik untuk selesaikan masalah rakyat dengan lebih cepat

RANAU: Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 tidak bermakna negeri itu tunduk kepada pusat.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia adalah keperluan realistik bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan.

Beliau menegaskan hubungan baik antara dua kerajaan itu penting kerana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

“Kadang-kadang orang salah faham, seolah-olah bila kita bekerjasama dengan kerajaan pusat, kita memperhambakan diri,” katanya kepada Bernama.

Masidi berkata menolak kerjasama hanya akan merugikan rakyat kerana proses pentadbiran dan bantuan kewangan boleh menjadi perlahan.

Beliau memberi contoh jalan raya di Sabah yang sering dikritik tetapi ramai tidak tahu sebahagian besar ialah jalan Persekutuan yang perlu diselenggara oleh kerajaan pusat.

“Jadi yang penting adalah memastikan kedua-dua pihak urus dana dengan lebih efisien dan pelaksanaan dibuat secara sistematik,” katanya.

Mengulas kritikan pembangkang, Masidi menegaskan pendekatan GRS menekankan parti lokal dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan bukan bercanggah.

Penekanan kepada parti lokal bertujuan membina keyakinan rakyat bahawa Sabah memiliki kemampuan mengurus hal sendiri.

Sebagai Menteri Kewangan negeri, Masidi sedar dana pembangunan tidak pernah mencukupi baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Hubungan yang baik antara kedua-dua kerajaan membolehkan geran dan bantuan disalurkan lebih lancar,” katanya.

Beliau menegaskan motif kerjasama adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Masaalah duit ni sebenarnya bukan sahaja sesuatu yang kita hadapi pada peringkat negeri tapi dihadapi pada peringkat Persekutuan,” katanya.

Mengenai perjalanan kempen PRN, Masidi berkata GRS berada di ‘landasan yang betul’ untuk kembali membentuk kerajaan.

Beliau berkata respons positif pengundi diperoleh selepas gabungan itu mengambil peluang menjawab secara terus pelbagai tohmahan.

“Ramai yang sedar apa yang mereka dengar selama ini tidak menggambarkan keadaan sebenar,” katanya.

GRS juga memberikan penekanan kepada perancangan masa depan dan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ini mempunyai tiga komponen utama iaitu pembangunan ekonomi, pendidikan dan penyelesaian masalah infrastruktur asas.

Dalam aspek pendidikan, beliau menekankan kesungguhan kerajaan negeri melahirkan sumber manusia yang berdaya saing.

Ini termasuk kenaikan peruntukan biasiswa daripada RM62 juta kepada RM121 juta tahun ini.

“Ini menunjukkan keseriusan kita memperkukuh pendidikan di Sabah,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Signature Alliance Group posts 45.0% YoY PBT growth to RM44.5m for 9M FY25, order book at RM297.4m

Signature Alliance Group Bhd delivered a strong set of results for the third quarter and first nine months of FY25, driven by steady project progress and tighter cost control. The ACE Market-listed interior fit-out specialist posted a 45% jump in nine-month PBT to RM44.5 million, with revenue rising 60.3% to RM382.2 million. With RM297.4 million in unbilled work and 83 active projects, the group says it has solid earnings visibility heading into 2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories