the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontraktor dipenjara lima bulan, denda RM10,000 alih wang milik peniaga

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang kontraktor hari ini, selepas lelaki itu mengaku bersalah mengalihkan wang RM300,000 milik seorang peniaga ke dalam akaun bank syarikatnya, empat bulan lepas.

Hakim Azrul Darus memerintahkan Muhammad Hilmi Zahidi, 38, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 9 Sept lepas.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Muhammad Hilmi didakwa menolong mengalihkan wang berjumlah RM300,000 milik seorang lelaki berusia 43 tahun dengan memasukkan wang itu ke dalam akaun bank syarikat miliknya, DJ Hardware Enterprise, yang tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai wang terbabit bukan miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kafe di Jalan Tun Sambanthan, di sini pada 6 Mei lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan memohon hukuman setimpal berbentuk pencegahan dan pengajaran kepada tertuduh manakala Muhammad Hilmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Rural water supply allocation clarified at RM424.7 million

The Rural and Regional Development Ministry corrects the 2026 Budget figure for the Rural Water Supply Programme, detailing project status and allocations for Sabah, Sarawak, and Peninsular Malaysia.
spot_img

Popular Categories