the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kren pengangkat disyaki punca runtuhan struktur ECRL

KUALA LUMPUR: Insiden runtuhan struktur binaan sementara projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Batu Caves semalam dipercayai berpunca daripada perlanggaran boom jentera kren pengangkat.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerja berisiko tinggi itu juga didapati dijalankan tanpa Permit Kerja bertulis daripada kontraktor utama.

“Kita hentikan kerja terlebih dahulu dan keluarkan notis larangan bekerja kepada kontraktor,” katanya ketika meninjau lokasi kejadian.

Siasatan awal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati insiden itu berkemungkinan besar berkaitan pergerakan jentera kren pengangkat.

Abdul Rahman menekankan siasatan menyeluruh bersama JKR dan JKKP masih diperlukan untuk mengesahkan punca sebenar.

Semua kerja di zon berkenaan telah dihentikan serta-merta sehingga keselamatan disahkan terjamin.

“Saya telah arahkan JKR dan JKKP untuk melihat secara serentak semua struktur kerja yang sama bentuk,” katanya.

Pemandu kren pengangkat akan dipanggil bagi membantu siasatan manakala pegawai penguat kuasa keselamatan akan memastikan pematuhan keperluan ketat.

Dalam kejadian semalam, seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaannya dihempap struktur binaan sementara berhampiran Plaza Tol Gombak.

Abdul Rahman menekankan keselamatan pekerja dan orang awam mesti diberi keutamaan tanpa kompromi.

Operasi keselamatan berskala besar akan dijalankan dalam masa terdekat di tapak pembinaan seluruh negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings