the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

 KTMB pulihkan operasi ETS laluan Sungkai-Slim River selepas pokok tumbang

Operasi ETS laluan Sungkai-Slim River dipulihkan sepenuhnya selepas kerja baik pulih sistem elektrifikasi selesai pagi ini

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang melaksanakan tindakan pemulihan operasi bagi memastikan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kembali stabil.

Operasi disambung semula selepas kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi di laluan terlibat diselesaikan sepenuhnya pada 10.05 pagi hari ini.

Laluan antara Sungkai dan Slim River telah dipulihkan sepenuhnya susulan kejadian pokok tumbang di KM268.795.

“Bagaimanapun, dijangkakan berlaku kelewatan sementara bagi beberapa perjalanan ETS susulan proses pelarasan semula jadual dan pergerakan tren,” menurut kenyataan KTMB.

Tindakan pemulihan operasi sedang dilakukan bagi memastikan perkhidmatan kembali lancar dan mengikut jadual.

KTMB merakamkan penghargaan kepada penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan operasi.

Syarikat itu juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi saluran media sosial rasmi KTMB.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories