the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kuartet 4x400m lelaki negara mara ke final Deaflympics 2025

 Kuartet 4x400m lelaki negara layak ke final Deaflympics 2025 selepas tiga pasukan lawan tersingkir, catat masa 3:33.94s di Tokyo

TOKYO: Kuartet 4×400 meter (m) lelaki negara mara ke final Deaflympics 2025 menerusi peluang kedua yang tidak dijangka.

Mereka menamatkan lihan di tempat ketiga bagi saringan kedua dengan catatan 3 minit 33.94 saat.

Kedudukan asal mereka adalah kelima sebelum tiga pasukan lawan tersingkir daripada pertandingan.

Brazil tidak menamatkan perlumbaan manakala Amerika Syarikat dan Venezuela hilang kelayakan.

Muhammad Shahrul Azmer mengakui sukar mempercayai kejayaan mara ke final.

“Masih sukar percaya, tapi ini pembakar semangat untuk final,” katanya melalui jurubahasa isyarat.

Beliau berjanji akan memberikan yang terbaik bersama rakan sepasukan.

Azlan Kuste yang menjadi pelari ketiga memohon doa seluruh rakyat Malaysia.

“Saya harap 4×400 yang terbaik, bantuan doa semua khususnya agar kami sentiasa sihat,” katanya.

Kuartet negara terdiri daripada Muhammad Zumar Azman, Muhammad Shahrul Azmer Azman, Azlan Kuste dan Raja Pecut Sukan SEA Pekak Muhammad Zamir Azman.

Mengikut format kelayakan, lapan kuartet layak ke final Isnin ini.

Tiga terbaik setiap saringan dan dua masa terpantas keseluruhan mara ke pusingan akhir.

Aksi penuh dramatik itu berlangsung di Stadium Metropolitan Komazawa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories