Thursday, November 13, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kuota 30% wanita dalam politik perkukuh demokrasi negara

Kuota 30% wanita dalam politik perkukuh asas demokrasi Malaysia lebih inklusif dan adil, kata Yeo Bee Yin

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kuota 30% wanita dalam politik merupakan langkah penting memperkukuh asas demokrasi negara agar lebih inklusif dan adil.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan (Parlimen) Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat Yeo Bee Yin berkata jawatankuasa itu telah mengadakan siri libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.

Mereka meneliti pelaksanaan kuota wanita di negara lain serta memahami cabaran dalam konteks Malaysia.

“Matlamat program ini bukan hanya untuk meningkatkan bilangan wanita dalam politik, tetapi untuk memperkukuh asas demokrasi negara agar lebih inklusif, adil dan mencerminkan kepelbagaian sebenar masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian taklimat ‘Kuota 30 Peratus Wanita Dalam Politik: Memperkukuh Perwakilan Wanita Melalui Pindaan Undang-Undang’ di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.

Yeo menegaskan kehadiran wanita dalam kepimpinan menambah nilai dalam pembuatan dasar khususnya pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial, ekonomi keluarga dan keadilan sosial.

Beliau menyeru semua pihak tanpa mengira parti, jantina atau ideologi menjadikan agenda memperkukuh perwakilan wanita sebagai tanggungjawab bersama.

Parlimen Malaysia dalam kenyataan memaklumkan taklimat itu bertujuan memperkukuh kefahaman ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat terhadap keperluan melaksanakan kuota minimum 30% calon wanita.

Program ini merupakan sebahagian inisiatif berterusan Parlimen Malaysia melalui jawatankuasa berkenaan untuk memperkukuh dasar kesamarataan jantina.

Ia juga bertujuan memperkasakan peranan wanita dalam kepimpinan serta proses membuat keputusan di peringkat tertinggi negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories