the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, November 26, 2025
27.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan individu terkandas di Bukit Larut selepas tiga cedera mendaki

Lapan pendaki terkandas di Pusat Peranginan Bukit Larut Taiping selepas tiga wanita cedera dengan kejang otot dan terseliuh kaki

IPOH: Lapan individu terkandas di Pusat Peranginan Bukit Larut dekat Taiping semalam selepas tiga wanita mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti pendakian.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata dua mangsa mengalami kekejangan otot pada kaki manakala seorang lagi terseliuh.

Beliau berkata lima individu lain iaitu tiga wanita serta dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bergegas ke lokasi kejadian sejauh empat kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.53 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, tujuh mangsa berada di atas bukit dan seorang mangsa lelaki telah turun ke kaki bukit bagi mendapatkan bantuan.

“Ketua operasi mengaplikasikan konsep LAST seterusnya mengarahkan anggota bersama-sama pihak polis dan pengurusan Bukit Larut ke lokasi di atas bukit bagi melakukan kerja-kerja penyelamatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shazlean berkata pasukan penyelamat menemui semua mangsa di pertengahan jalan dari lokasi kumpulan itu dilaporkan berada.

Mereka dibantu oleh seorang individu awam yang bertindak sebagai penunjuk arah bagi menuruni bukit.

Wanita yang mengalami masalah kaki terseliuh telah diberikan rawatan awal oleh pasukan penyelamat di lokasi.

Kesemua mangsa kemudian dibawa turun serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi penyelamatan tamat kira-kira tiga jam kemudian selepas kejadian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Mobile Legends: Bang Bang returns for 2026 Esports World Cup after being crowned event’s most-watched title

Mobile Legends: Bang Bang is set to join the 2026 Esports World Cup after a historic year in which it became the event's most-watched title, breaking multiple viewership records across MSC and MWI while strengthening its global esports leadership.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories