the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 4,000 kes keganasan, 3,000 gangguan seksual libat kanak-kanak sejak 2021

Polis catat 4,079 kes keganasan dan 3,042 kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak sejak 2021, dengan kes gangguan seksual menunjukkan peningkatan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,079 kes keganasan dan 3,042 kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak serta penjaga direkodkan di seluruh negara sejak 2021 hingga November tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 1,057 kes keganasan dilaporkan pada tahun ini berbanding 1,201 kes tahun lepas.

Bagi kes gangguan seksual, jumlah dalam tempoh sama ialah 418 kes pada 2021, 511 kes pada 2022, 634 kes pada 2023, 667 kes pada 2024 dan 812 kes setakat November tahun ini.

Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan.

Dari aspek perlindungan mangsa, polis akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari segi kaunseling, rawatan perubatan dan psikologi.

“Mangsa kemudian dirujuk ke rumah perlindungan kerana Akta Kanak-kanak 2001 menghendaki demikian,” katanya.

Beliau berkata polis menempatkan pegawai perhubungan di sekolah untuk memberi penerangan berterusan tentang bahaya jenayah tersebut.

Ketika menjawab soalan lain, Saifuddin Nasution berkata setakat semalam, sebanyak 20,032 kes pendaftaran kanak-kanak tanpa dokumen telah berjaya diselesaikan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Unlocking Career Growth: SIM Academy Helps Working Adults Tap National Funding Schemes

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 11 December 2025 - In a labour market reshaped by digitalisation and industry transitions, working adults in Singapore increasingly turn to short, skills-focused programmes to stay employable, switch roles, or move into growth sectors.
spot_img

Popular Categories