the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki didenda RM10,000 kerana lindungi dua pendatang tanpa izin

Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana membenarkan dua warga Thailand tinggal di premisnya tanpa izin.

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah membenarkan dua pendatang tanpa izin masuk atau tinggal di premisnya.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri turut memerintahkan Ahmad Syazwan Che Roni, 40, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Ahmad Syazwan didakwa membenarkan dua warga Thailand iaitu Kakoh Mr Machwal, 20, dan Chesoh Mr Ermanan, 28, untuk masuk atau tinggal di sebuah kedai makan di Kampung Rhu Renggeh, Chendering pada 1 Disember.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi setiap pendatang tanpa izin yang dijumpai.

Di mahkamah sama, seorang lagi majikan turut didenda RM5,000 atas kesalahan serupa.

Raja Siti Saqirah Raja Jusoh, 32, didakwa kerana membenarkan seorang warga Indonesia bernama Dahlia, 54, untuk masuk atau tinggal di kedainya di Chukai, Kemaman pada 27 November.

Beliau juga diarahkan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam semasa prosiding mahkamah.

Kes itu dikendalikan oleh Unit Pendakwaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu.

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

Nomura sees steadier growth in 2026

Nomura Asset Management Malaysia expects 2026 to mark a return to more normalised global economic conditions, underpinned by resilient corporate earnings, easing tariff pressures and sustained investment in artificial intelligence (AI), despite lingering geopolitical and policy uncertainties.
spot_img

Popular Categories