the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki lemas di Sungai Kemaman selepas terjatuh semasa periksa bot

Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Kemaman selepas terjatuh dari jeti semasa memeriksa botnya pada malam Jumaat

CHUKAI: Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh semasa memeriksa bot miliknya di Jeti Geliga Che Akob ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata mayat Muhammad Anuar Syurkimie Mahmmod, 31, ditemukan terapung di Sungai Kemaman.

Mayat itu ditemui sejauh 500 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.05 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat setelah operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada 7 pagi,” katanya.

Operasi hari ini menggunakan teknik pencarian di permukaan air dengan beberapa bot.

Pencarian dilakukan pada jarak radius satu kilometer dari tempat kejadian menghala ke arah Kuala Kemaman.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke pusat kawalan untuk proses pengecaman ahli keluarga.

Seterusnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Jumaat lepas, mangsa dipercayai tergelincir di jeti.

Kejadian itu berlaku ketika fenomena air pasang besar.

Bagaimanapun, pihak bomba hanya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.26 petang semalam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.
spot_img

Popular Categories