the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas

JERTIH: Seorang lelaki yang terjun ke sungai dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam di sini malam tadi kerana cuba melarikan diri daripada serbuan polis, ditemukan lemas pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan pada 10.25 pagi tidak jauh dari lokasi kali terakhir dia dilihat.

“Lelaki itu yang berada di atas sebuah bot nelayan di tepi jeti bertindak terjun ke sungai sebaik menyedari kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut yang melakukan operasi di kawasan itu kira-kira 7.45 malam.

“Orang awam yang berada di kawasan itu cuba memberi bantuan, namun gagal lalu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 8.30 malam.

“SAR kemudian disambung pagi tadi dan mayat berkenaan dijumpai di dasar sungai oleh anggota skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories