the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, kata polis

Siasatan awal kes letupan IED di Nilai tidak menunjukkan unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil, kata Pengarah JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Siasatan awal berhubung kes letupan dipercayai menggunakan peranti letupan buatan sendiri (IED) di Nilai minggu lepas setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur ekstremisme.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata siasatan mendapati kes itu berkemungkinan kejadian terpencil dan tidak berkait dengan mana-mana rangkaian jenayah.

“Kes ini berkemungkinan kejadian terpencil… bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejakat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata bahan dirampas mempunyai unsur letupan dan siasatan kini tertumpu kepada tujuan ia disimpan.

Siasatan juga melihat sasaran yang mungkin terlibat serta kemungkinan pembabitan pihak lain.

“Latar belakang suspek masih disiasat, dan usaha merakam percakapan sedang diambil namun proses itu bergantung kepada keadaan kesihatan suspek yang masih menerima rawatan di hospital,” katanya.

Suspek lelaki berusia 62 tahun itu masih ditahan di hospital dan direman hingga 3 Jan depan bagi membantu siasatan.

Polis menunggu laporan perubatan bagi menentukan keupayaan suspek untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini memaklumkan suspek ditahan di Batang Benar, Nilai dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan melecur.

Beliau berkata suspek dipercayai bersembunyi di kawasan hutan sejak kejadian letupan berkenaan.

Suspek dijumpai hasil maklumat orang awam yang memasuki kawasan itu sebelum menghubungi polis.

Penahanan membawa kepada rampasan sebuah motosikal dan beberapa IED.

Suspek menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan keadaannya belum mengizinkan rakaman percakapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Insiden pada awal pagi 22 Dis lepas itu menyaksikan IED meletup di dalam sebuah kenderaan.

Letupan berlaku ketika suspek dipercayai mengalihkan peranti berkenaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories