the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

LHDN bayar RM18 bilion lebihan cukai kepada 3.54 juta kes

LHDN proses bayaran balik lebihan cukai RM18 bilion kepada 3.54 juta kes, termasuk RM3 bilion dari peruntukan tambahan RM4 bilion.

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion melibatkan 3.54 juta kes sehingga 22 Disember 2025.

Perkara itu susulan pelaksanaan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember 2025, bayaran balik berjumlah RM15 bilion telah diproses melibatkan 3.52 juta kes.

Bagi tempoh 9 hingga 15 Disember 2025, peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion telah diproses dan dikreditkan melibatkan 6,480 kes.

Ini diikuti peruntukan tambahan RM1 bilion bagi tempoh 16 hingga 18 Disember 2025 yang melibatkan 1,339 kes.

Bagi tempoh 19 hingga 22 Disember 2025 pula, LHDN telah memproses bayaran balik berjumlah RM1 bilion melibatkan 13,111 kes.

Secara keseluruhan, daripada peruntukan tambahan berjumlah RM4 bilion yang diumumkan, sebanyak RM3 bilion telah berjaya diproses dan dikreditkan dalam tempoh 9 hingga 22 Disember 2025, melibatkan 20,930 kes.

“Baki peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion akan diproses dan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Disember 2025,” menurut kenyataan LHDN.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan bahawa dana tambahan RM1 bilion pertama telah digunakan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik yang berusia melebihi tiga tahun tanpa mengambil kira amaun terlibat.

“Manakala dana RM2 bilion berikutnya difokuskan kepada penyelesaian bayaran balik bagi kes berusia dua hingga tiga tahun, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” menurut kenyataan itu.

Pada 7 Disember lepas, Perdana Menteri mengumumkan peningkatan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi mempercepat pembayaran tertunggak kepada pembayar cukai.

Dalam pada itu, LHDN menasihatkan pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat dan terkini bagi melancarkan proses bayaran balik.

LHDN turut menegaskan komitmen untuk terus menyelesaikan bayaran balik secara teratur dan berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada amaun tertunggak serta kes melibatkan PKS. 

Related

spot_img

Latest

85 arrested in nationwide online gambling raid

Police arrested 85 individuals in a nationwide raid on online gambling call centres, seizing computers and phones while targeting a syndicate with international customers.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories