the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 3, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mahkamah benarkan Rosmah simpan pasport tiga bulan untuk lawat anak

Mahkamah Rayuan benarkan Rosmah Mansor simpan pasport sehingga akhir Januari untuk lawat anak perempuan di Singapura.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melanjutkan tempoh pelepasan pasportnya selama tiga bulan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah membenarkan isteri bekas Perdana Menteri itu menyimpan pasport sehingga akhir Januari tahun depan.

Permohonan itu dikemukakan peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader tanpa bantahan daripada pihak pendakwaan.

Akberdin memaklumkan lanjutan itu membolehkan Rosmah menziarahi anak perempuannya yang melahirkan anak keempat awal tahun ini.

ALSO READ: Rosmah Mansor gagal rayu hakim tarik diri kes rasuah solar

Rosmah perlu memulangkan semula pasport kepada mahkamah pada 31 Januari tahun depan.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Rosmah menyimpan pasportnya bermula 24 Julai hingga hari ini.

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar.

Projek hibrid solar itu bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah di Sarawak.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintah berjalan serentak.

Beliau juga didenda RM970 juta dengan 30 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan.

Rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk pengurusan kes pada 3 November ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BTL Hong Kong gathers 300 doctors and Linda Chung at “Mindful Beauty” Regional Summit in Phu Quoc in 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - The BTL Regional Summit & Award Gala 2025, themed "Mindful Beauty," concluded successfully at the JW Marriott Phu Quoc, Vietnam after four days of scientific workshops, networking, and celebration from 29 November to 2 December.

ICONSIAM Elevates Thailand onto the World Countdown Map with “Amazing Thailand Countdown 2026”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 – ICONSIAM, the global landmark on the banks of Thailand's legendary Chao Phraya River, once again captured the world's attention with "Amazing Thailand Countdown 2026", a five-day world-class New Year celebration held from 27–31 December 2025 at River Park, ICONSIAM.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories