the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia akan kaji semula tenaga nuklear sebagai sumber kuasa berpotensi – TPM Fadillah

PETALING JAYA: Malaysia akan mengkaji semula program tenaga nuklearnya untuk dijadikan sebagai sumber tenaga yang berpotensi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata memandangkan permintaan tenaga Malaysia yang semakin meningkat – didorong oleh keperluan industri, pengembangan pusat data, dan penggunaan kenderaan elektrik – negara sedang mengkaji semua penyelesaian yang berpotensi untuk keperluan tenaganya.

“Keputusan kita mengenai tenaga nuklear akan berdasarkan kepada dapatan bermaklumat dan panduan piawaian antarabangsa, memastikan ia sejajar dengan keperluan dan keadaan unik di Malaysia.

“Tenaga nuklear, yang diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu sumber tenaga terbersih, adalah antara pilihan yang kita sedang pertimbangkan. Pada COP28, lebih 20 negara komited untuk meningkatkan tiga kali ganda penjanaan tenaga nuklear mereka, yang menunjukkan kepentingannya,“ katanya pada Bengkel Pembangunan Lestari ASEAN (AWSD) 2025 di Universiti Sunway, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Malaysia sedang mengkaji dengan teliti daya maju tenaga nuklear untuk menambahkannya ke dalam campuran tenaga negara, katanya.

Fadillah berkata bagi tujuan ini, kementeriannya telah menjalankan kajian melalui MyPower Corporation, disokong oleh dapatan daripada Agensi Nuklear Malaysia.

“Kajian ini memberi tumpuan kepada teknologi nuklear termaju, langkah-langkah keselamatan, rangka kerja kawal selia, dan libat urus dengan pihak berkepentingan, terutamanya orang awam.

“Malaysia kekal komited sepenuhnya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Tumpuan utama dalam usaha ini ialah penyahkarbonan sektor tenaga kita, kerana ia merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada pelepasan karbon,“ katanya.

Beliau berkata untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih, Malaysia perlu berusaha mengimbangi pemeliharaan alam sekitar dengan jaminan tenaga.

“Ini melibatkan langkah memastikan tenaga bukan sahaja mampu milik tetapi juga diagihkan secara saksama kepada semua pengguna.

“Dalam konteks ini, Malaysia telah membangunkan pelan pembangunan kuasa komprehensif. Pelan ini menggabungkan campuran tenaga yang pelbagai, termasuk hidro, biojisim dan tenaga solar.

“Kita juga memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga dan kemajuan teknologi, seperti sistem penyimpanan bateri dan teknologi berasaskan hidro,“ kata Fadillah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings