Saturday, November 22, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia jambatan ekonomi serantau dengan pendekatan seimbang – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tekankan pendekatan seimbang Malaysia jadikan negara jambatan hubung pelbagai blok ekonomi Asia Pasifik di APEC.

GYEONGJU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendekatan seimbang Malaysia yang mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan China telah berjaya meletakkan negara sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai blok ekonomi di rantau ini.

Langkah ini yang turut berpaksikan kerjasama serantau melalui ASEAN dan platform seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dilihat bertepatan dalam suasana perdagangan global yang semakin berpecah dan tidak menentu.

Anwar yang baru sahaja tiba untuk lawatan kerja sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC menerima Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC 2025 daripada Pengerusi ABAC Malaysia Datuk Ruben Emir Gnanalingam.

ALSO READ: PM Anwar tiba di Gyeongju hadiri Mesyuarat pemimpin APEC

Beliau memberitahu akan meneliti laporan itu untuk dijadikan input penting dalam perbincangan dasar sepanjang AELM khususnya dalam memperjuangkan agenda yang berpaksikan kesejahteraan rakyat keadilan ekonomi dan pembangunan serantau yang seimbang.

Laporan ini menghimpunkan pandangan serta aspirasi komuniti perniagaan di seluruh ekonomi Asia Pasifik kepada para Pemimpin Ekonomi APEC dengan hasrat untuk memperkukuh pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Seruan laporan ini terhadap perdagangan terbuka berasaskan peraturan adalah selari dengan dasar keterlibatan Malaysia yang berkecuali dan pragmatik kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Beliau kini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari bermula malam ini di Korea Selatan.

Anwar dijadualkan menyampaikan kenyataan rasmi negara semasa Dialog Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC bersama Tetamu dengan penekanan akan diberikan mengenai kepentingkan keterangkuman dalam memperkukuh rantaian bekalan.

Penekanan juga akan diberikan terhadap pembangunan ekonomi digital dan kerjasama serantau untuk pembangunan mampan dalam kenyataannya.

Di sela-sela AELM Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa wakil ekonomi APEC.

Turut menjadi tumpuan pertemuan Anwar dengan bakal pelabur terdiri daripada syarikat Namhae Chemical Corp dan JS Link secara berasingan.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil daripada Nvidia dan YTL Power semasa lawatan kerja ini.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri majlis makan malam bersama Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC sebelum mengakhiri hari tersebut dengan sidang akhbar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories