the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia tidak campur tangan konflik Thailand-Kemboja – Mohamad

Malaysia tegaskan tidak pernah campur tangan konflik sempadan Thailand-Kemboja susulan protes di Bangkok yang dakwa campur tangan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan tidak pernah campur tangan dalam konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja.

Kenyataan itu dibuat susulan protes di Bangkok baru-baru ini yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam isu berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata protes tersebut dianjurkan parti pembangkang di Thailand yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya.

Beliau menegaskan protes itu tidak membawa implikasi serius terhadap imej Malaysia di rantau ASEAN.

“Protes ini dijadikan modal oleh parti pembangkang (Thailand) yang kecil jumlahnya untuk mereka menghadapi pilihan raya bakal diadakan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Mohamad menekankan dakwaan campur tangan Malaysia adalah sesuatu yang amat salah.

“Malaysia tidak pernah campur tangan. Sejak daripada dulu lagi kita menjunjung semangat ASEAN iaitu tidak ada campur tangan hal ehwal negara-negara dalam ASEAN,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai pendirian rasmi kerajaan.

Mohamad menjelaskan Malaysia hanya berperanan sebagai pemudah cara dalam rundingan antara Thailand dan Kemboja.

Peranan itu bagi memastikan kedua-dua pihak dapat berunding secara aman dan neutral tanpa campur tangan hal ehwal dalaman masing-masing.

Beliau berkata kedua-dua negara tersebut telah meminta Malaysia menjadi tuan rumah bagi membolehkan rundingan damai berlangsung.

Rundingan itu termasuk terma-terma bagi pelaksanaan gencatan senjata.

“Kita bukan penyelaras, kita hanya pemucah cara. Kita memudah cara,” katanya.

Mohamad menambah Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip ASEAN yang menekankan kebebasan campur tangan.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara yang dipercayai negara-negara jiran.

Usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang aman dan sejahtera.

Malaysia juga kekal dengan prinsip bebas campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggotanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Flyer King Repositions Its Brand for 2026, Launches New Slogan

Flyer King enters 2026 with a new slogan, signaling its transformation from street-level flyer distribution to a comprehensive marketing partner specializing in brand events, cross-platform promotion, and long-term visibility strategies.
spot_img

Popular Categories