the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Perak dan Selangor terus berkurangan pagi ini

Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan Perak dan Selangor menurun, namun paras air beberapa sungai masih pada tahap bahaya dan berjaga-jaga

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak dan Selangor menunjukkan trend penurunan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Di Perak, seramai 613 mangsa daripada 174 keluarga masih berada di tujuh PPS di tiga daerah berbanding 680 orang daripada 195 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan semua mangsa yang ditempatkan di PPS sejak tiga minggu lepas belum dibenarkan pulang kerana rumah mereka masih digenangi air.

Daerah Hilir Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu 304 orang daripada 80 keluarga di empat PPS.

Manjung menempatkan 163 orang daripada 47 keluarga di dua PPS manakala 146 mangsa daripada 47 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Kompleks Belia dan Sukan Bagan Datuk.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya iaitu 3.65 meter.

Paras normal sungai tersebut adalah dua meter manakala Sungai Slim di Slim River merekodkan paras berjaga-jaga pada 25.34 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim mengalami hujan pada sebelah pagi dan malam serta ribut pada sebelah petang.

Daerah Kinta, Kampar serta Kuala Kangsar diramal menerima hujan pada sebelah petang dan malam.

Di Selangor, jumlah mangsa yang masih berada di PPS berkurangan kepada 38 orang daripada 12 keluarga.

Menurut laman sesawang InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa berlindung di satu PPS yang masih beroperasi di Kuala Selangor.

Pusat pemindahan tersebut ialah Sekolah Rendah Agama Pasangan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories