Sunday, November 23, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir Kedah turun kepada 698 orang pagi ini

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 698 orang pagi ini, dengan daerah Pendang catat jumlah mangsa tertinggi

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 698 orang daripada 198 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Ini menunjukkan penurunan berbanding 720 orang daripada 202 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah memaklumkan kesemua mangsa masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara.

Mangsa banjir tersebut berasal dari tiga daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Daerah Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 562 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Di Kota Setar, seramai 128 orang mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan.

Manakala lapan orang mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di daerah Pokok Sena.

Di Perak, jumlah mangsa banjir kekal 130 orang daripada 36 keluarga.

Mereka semua masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung.

Keadaan banjir di kedua-dua negeri tersebut terus dipantau oleh pihak berkuasa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories