the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa bot karam Langkawi meningkat kepada 25 orang

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan esok selepas tiga mayat lagi ditemui di perairan Langkawi, bawa jumlah mangsa maut kepada 25

LANGKAWI: Jumlah mangsa maut dalam insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Langkawi meningkat kepada 25 orang.

Peningkatan itu berikutan penemuan tiga lagi mayat lelaki dalam operasi petang ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa mengesahkan penemuan tersebut.

Bot Pasukan Polis Marin menemui satu mayat lelaki terapung berhampiran Pulau Rebak Besar pada jam 3.16 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menemui satu lagi mayat lelaki di perairan Tanjung Hulor pada jam 3.20 petang.

Pesawat JBPM mengesan satu lagi mayat lelaki berhampiran Pulau Rebak Besar beberapa minit kemudian.

“Semua mayat yang ditemukan itu dibawa ke jeti berhampiran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini ditangguhkan pada jam 7.30 malam.

Romli berkata operasi akan disambung semula pada jam 7.30 pagi esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Marquez brothers divided on Sepang’s brutal MotoGP challenge

Reigning champion Marc Marquez calls Sepang one of his worst tracks, while brother Alex views it as a favourite, highlighting the circuit's divisive nature ahead of the 2026 MotoGP season.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories