the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa kepala air di Sungai Klang masih belum ditemui

Operasi SAR diteruskan untuk mencari lelaki 34 tahun yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi cabaran besar dalam usaha mengesan seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma.

Paras air meningkat hampir enam meter selepas hujan lebat pagi semalam, menyukarkan usaha pencarian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi mencari mangsa berusia 34 tahun itu akan diperluas secara berperingkat mengikut aliran sungai menuju ke Shah Alam, Selangor.

“Kami akan mulakan operasi mencari dari lokasi kejadian dan bergerak sejauh mungkin hari ini, namun ia bergantung kepada paras air semasa,” katanya kepada pemberita.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai penyelia bagi projek penambahbaikan sungai di kawasan berkenaan yang cuba mengalih kenderaannya ketika kejadian berlaku.

Rakaman video yang tular menunjukkan mangsa sempat keluar dari kenderaannya sejurus kejadian kepala air berlaku.

Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada dinding tebing sungai.

“Bagaimanapun, arus deras menyebabkan mangsa gagal bertahan lalu dihanyutkan,” jelas Sazalee.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan operasi SAR disambung hari ini selepas ditangguhkan 11 malam semalam.

Operasi bermula di kawasan mangsa terakhir dilihat dan diperluas sehingga kawasan Selangor.

Pencarian menumpukan kepada permukaan air sungai.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 petang dan turut melibatkan 11 mangsa lain yang terperangkap di bawah jambatan.

Kesemua 11 mangsa tersebut berjaya diselamatkan oleh JBPM. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings