the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa lemas teruja berkelah di pantai sebelum tragedi

Nor Baizura lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun ketika berkelah bersama keluarga. Operasi SAR diteruskan untuk mencari abangnya yang masih hilang.

DUNGUN: Mangsa lemas, Nor Baizura Shafie, 39, sering mengajak ahli keluarganya berkelah di Pantai Sura Tengah setiap kali pulang bercuti ke kampung.

Nor Baizura yang menetap di Johor Bahru pulang ke Kampung Balai Besar sejak 26 Disember lalu dan kelihatan teruja ke pantai itu bersama ahli keluarganya pada 7.30 pagi.

Adik mangsa, Nur Mashitah, 22, berkata sebanyak 15 ahli keluarga termasuk tiga anak kakaknya yang berusia tujuh hingga 10 tahun mandi di tepi pantai ketika ombak tenang.

“Saya hanya menyedari kakak lemas selepas melihat tangannya terkapai-kapai ketika dihanyut ombak,” katanya.

Nur Mashitah menjerit meminta abangnya, Mohd Fazir, membantu dan dia bergegas berenang membantu kakak.

Mohd Fazir sudah dapat mencapai tangan kakak, namun mereka terpisah akibat dipukul ombak dan kedua-duanya dilihat tenggelam timbul sebelum dibawa arus.

Seorang ahli keluarga yang berada di tepi pantai menghubungi polis untuk meminta bantuan kecemasan.

Pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemukan mayat Nor Baizura kira-kira 200 meter dari lokasi dia lemas.

“Sementara itu, abang pula masih hilang dan gagal dijumpai hingga lewat petang ini,” kata Nur Mashitah.

Jenazah Nor Baizura akan dikebumikan selepas selesai bedah siasat di Hospital Dungun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Fazir, 37, masih lagi diteruskan.

Related

spot_img

Latest

Singapore’s Asean Football Success Built on Sasikumar’s Shoulder

In the 1998 ASEAN Championship final against Vietnam, Sasikumar scored the only goal of the match in the 71st minute. A cross from Kadir Yahaya saw Sasikumar challenge goalkeeper Trần Tiến Anh, and the ball ricocheted off his shoulder into the net, giving Singapore their first-ever ASEAN title.Despite battling a knee injury, Sasikumar was determined to play, and his strong bond with coach Barry Whitbread's squad played a key role in their success. Singapore topped their group and defeated Indonesia in the semifinals before facing hosts Vietnam in a packed Hàng Đẫy Stadium for the final.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories