the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Masjid, surau perlu bebas pengaruh, cengkaman politik – Sultan Selangor

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Sultan Selangor arah masjid, surau bebas daripada cengkaman politik, larang ahli politik guna tempat ibadah untuk agenda peribadi

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa masjid dan surau di negeri ini hendaklah bebas sepenuhnya daripada pengaruh dan cengkaman politik kepartian, serta tidak boleh dijadikan medan untuk meraih sokongan atau kepentingan peribadi mana-mana ahli politik.

Baginda bertitah masjid bukan gelanggang politik, jauh sekali tempat untuk menyemai kebencian dan perpecahan dalam kalangan umat Islam, sebaliknya berperanan sebagai pusat ibadah, dakwah dan penyatuan ummah.

“Beta sama sekali tidak membenarkan ahli-ahli politik yang cuba berselindung di sebalik ceramah agama dan menggunakan surau serta masjid untuk kepentingan agenda politik masing-masing. 

“Beta juga tidak mahu dengar ada dalam kalangan nazir dan ahli jawatankuasa masjid dan surau yang terlibat secara langsung dalam politik kepartian, termasuklah memegang apa-apa jawatan politik, dan dalam masa yang sama dilantik untuk menjadi nazir dan imam masjid dan surau kerana perkara ini boleh menjejaskan keharmonian ahli kariah setempat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir-Nazir dan Imam-Imam Masjid melibatkan 850 orang dari seluruh negeri Selangor di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. 

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa jawatan nazir dan imam bukanlah jawatan politik untuk direbutkan bagi kepentingan peribadi, sebaliknya satu amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. 

Sehubungan dengan itu, baginda menegaskan tidak mahu menerima sebarang aduan berkaitan perebutan jawatan dalam pengurusan masjid dan surau kerana ia hanya akan mencetuskan perasaan tidak puas hati, permusuhan serta perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Beta tidak mahu orang-orang Melayu berpecah-belah hanya kerana gilakan jawatan dan tamakkan kuasa yang akhirnya nanti akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri,” titah baginda. 

Menyentuh aspek kewangan, Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa pengurusan dana masjid dan surau hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah, ketelusan dan integriti, serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Justeru, baginda mahu laporan kewangan dikemukakan setiap empat bulan bagi memastikan tadbir urus yang baik dan mengekalkan kepercayaan awam.

“Beta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan dana masjid dan surau kerana wang masjid ialahhasil sumbangan orang ramai dan milik orang Islam, maka wang tersebut hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk manfaat umat Islam dengan berpandukan hukum syarak. 

“Beta tidak mahu agama Islam ini dipandang serong oleh penganut agama lain. Cukup-cukuplah kesucian agama Islam dicemari dengan kisah-kisah penyelewengan yang melibatkan orang Melayu Islam sehingga ada dalam kalangan mereka yang telah diheret ke mahkamah akibat amalan rasuah, penyelewengan wang dan salah guna kuasa,” titah baginda 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Suresh Peters’ first JB show to evoke memories of 1990s Tamil cinema

Indian singer-composer Suresh Peters, known for his contributions to Tamil film music in the 1990s, will perform in Johor Bahru for the first time at the ‘Legends Vibe – Live in JB’ concert on Dec 5.

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

Most Viewed

spot_img