the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Media Pulau Pinang terima taklimat kempen internet selamat MCMC

Lebih 40 pengamal media Pulau Pinang sertai taklimat Kempen Internet Selamat anjuran MCMC untuk perkukuh kesedaran keselamatan siber.

BATU KAWAN: Lebih 40 pengamal media Pulau Pinang diberi taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) dalam usaha memperkukuh peranan media untuk memperluas hebahan berhubung keselamatan Internet, khususnya melibatkan penggunaan teknologi oleh kanak-kanak dan ancaman penipuan dalam talian.

Pengarah Penerangan negeri Hasmiza Hussin berkata program anjuran bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi (JKPKK) Pulau Pinang itu juga bagi meningkatkan literasi digital rakyat dalam menangani isu keselamatan siber termasuk penipuan dalam talian yang kian meningkat.

“Program hari ini diadakan khas untuk memberikan taklimat mengenai penggunaan Internet selamat kepada rakan-rakan media dari seluruh Pulau Pinang dan matlamat utama ialah memastikan mesej kesedaran ini dapat disampaikan kepada masyarakat secara meluas,” katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Internet Selamat Bersama Media Negeri Pulau Pinang di sini malam tadi.

Majlis itu turut disertai agensi di bawah Kementerian Komunikasi termasuk Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Pos Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad (TM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

— LAGI

MCMC-INTERNET SELAMAT 2 (AKHIR) BATU KAWAN

Hasmiza yang juga Pengerusi JKPKK Pulau Pinang turut merakamkan penghargaan kepada semua pengamal media yang sentiasa memberikan kerjasama baik kepada Jabatan Penerangan negeri selama ini.

Beliau berkata selain taklimat, program yang disusuli dengan makan malam itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan dengan pihak media, sekali gus menjadi ruang untuk menyelesaikan sebarang isu secara bersama.

Turut hadir, Pengarah MCMC Pulau Pinang Mohd Fitri Hashim, Pengarah Penyiaran Pulau Pinang Nor Hisham Abbas, Pengarah Operasi JKOM negeri Muhammad Afif Osman, Ketua Biro Bernama Pulau Pinang R. Ratcharathan dan Presiden Kelab Mutiara Pulau Pinang Mohd Iskandar Othman.

Related

spot_img

Latest

Zafrul’s NIMP 2030 vision aims to propel Malaysian firms onto global stage

Outgoing minister Tengku Zafrul highlights early successes of the...

Most Viewed

spot_img

Popular Categories