the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 9, 2025
24 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka bakal ada enam plaza tol baharu di bawah projek WCE

Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat akan tambah enam plaza tol baharu di Melaka, bantu selesaikan kesesakan lalu lintas di pintu masuk utama negeri.

MELAKA: Sebanyak enam pintu masuk baharu bakal diwujudkan susulan pembinaan projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) merentasi Melaka sepanjang 69 kilometer.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata projek itu akan dilancarkan penghujung 2026.

Penambahan enam plaza tol itu akan menjadikan keseluruhan sembilan pintu masuk ke Melaka dengan tiga tol utama sedia ada.

“Secara mata kasar, cadangan enam tol bagi jarak 69km tidak logik dengan jarak setiap tol kira-kira 11 atau 12km sahaja, namun ia alternatif terbaik sebagai penyuraian trafik yang semakin sesak di tiga pintu utama sedia ada ke Melaka, terutama di Plaza Tol Ayer Keroh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 hari ini.

Hameed berkata kesemua plaza tol ini dibina merentasi kawasan strategik bagi memudahkan pengguna luar memasuki Melaka.

Antara plaza tol yang dicadangkan ialah Plaza Tol Semabok di Melaka Tengah serta Plaza Tol Gangsa dan Plaza Tol Masjid Tanah di Alor Gajah.

Beliau berkata bagi penduduk Melaka, mereka masih boleh menggunakan jajaran baharu iaitu jalan lingkaran.

“Projek ini bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan penduduk tempatan tetapi pelancong memandangkan jaringan jalan raya dapat dimaksimumkan tanpa mengganggu aliran trafik kawasan penempatan sedia ada,” katanya.

Pembangunan projek mega terbabit dianggarkan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk disiapkan.

“Kita kini di peringkat akhir berkaitan jajaran tersebut dan pembentangannya akan dilakukan minggu depan sebelum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Jajaran baharu jalan lingkaran yang bakal dibina merangkumi beberapa projek utama termasuk menghubungkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

“Laluan ini akan dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong sejauh hampir tujuh kilometer dengan kos mencecah RM300 juta,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Carousel & Co. To Launch Malaysia’s First Social Entertainment Venue at Avenue K, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Backed by global skill games leader HB Leisure (HBL), Carousel & Co. is set to debut Malaysia’s first social entertainment venue at Avenue K in December 2025 – an all-in-one destination that combines play, drinks and dining in a premium, tech-enhanced rooftop setting in the heart of Kuala Lumpur.

Carousel & Co. to launch Malaysia’s first social entertainment venue at Avenue K, Kuala Lumpur

Backed by global skill games leader HB Leisure (HBL), Carousel & Co. is set to debut Malaysia’s first social entertainment venue at Avenue K in December 2025 – an all-in-one destination that combines play, drinks and dining in a premium, tech-enhanced rooftop setting in the heart of Kuala Lumpur.

KPay Now Offers Tap to Pay on iPhone for Merchants to Accept Contactless Payments

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Today, KPay Group, a one-stop financial management and business operations platform, now enables its Hong Kong merchants to seamlessly and securely accept in-person contactless payments with Tap to Pay on iPhone.

Most Viewed

Penjual sate dakwa tidak bersalah bunuh pekerja Indonesia

Seorang penjual sate dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh pekerja warga Indonesia, manakala pemilik premisnya didakwa cuba mengubah bukti dengan memadam rakaman CCTV.
spot_img

Popular Categories