the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Fung-Wong dan amaran cuaca buruk

Taufan Fung-Wong dikesan 1,196 km timur laut Kudat, menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Fung-Wong yang dikesan kira-kira 129 kilometer barat daya Vigan City, Filipina.

Taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam dan kelajuan angin maksimum 120 km/j.

“Taufan Fung-Wong kini berada pada kedudukan latitud 17.4 darjah utara dan longitud 119.2 darjah timur, kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Negeri terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Johor.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Di Selangor, cuaca buruk dijangka berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu dan Seremban manakala di Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Fahmi Fadzil kongsikan pencapaian besar Kementerian Komunikasi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkongsi sorotan pencapaian kementeriannya dalam tiga tahun, merangkumi 5G, keselamatan siber, industri kreatif dan penyampaian maklumat kerajaan.

Most Viewed

BBSB International Limited Proposes Listing on GEM of HKEx to raise a maximum of approximately HK$87 million by way of Share Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), announces the details of its plan to list on the GEM of The Stock Exchange of Hong Kong Limited ("SEHK") today.
spot_img

Popular Categories