the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG untuk tadbir urus lebih telus

Kementerian Pertahanan diutamakan untuk guna pakai kerangka ESG bagi mempertingkat ketelusan perolehan besar, kata Menteri Komunikasi.

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) diberi keutamaan untuk mengguna pakai kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) berikutan skala perolehannya yang besar.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keutamaan itu dimaklumkan susulan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai pergerakan MINDEF ke arah pelaksanaan ESG.

“Dalam kes Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa memandangkan jumlah perolehan kementerian itu adalah besar setiap tahun maka keutamaan wajar dan perlu diberikan kepada MINDEF,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata akan terdapat tindakan susulan melibatkan Kementerian Digital dan Jabatan Digital Negara.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu proses pendigitalan beberapa prosedur perolehan kementerian tersebut.

Tujuan pendigitalan adalah untuk memastikan proses perolehan dilaksanakan dengan lebih telus, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.

Ia juga bertujuan mengurangkan kebarangkalian berlakunya ketirisan.

Fahmi berkata Mohamed Khaled turut memberikan taklimat terkini mengenai beberapa perkara di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mesyuarat hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil maklum penjelasan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan.

“Beberapa perkara yang dimaklumkan pada hari ini, insya-Allah, tindakannya akan disusuli… untuk maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Menteri Pertahanan,” katanya.

Fahmi menambah bahawa penjelasan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan itu diterima baik oleh Jemaah Menteri.

Dalam majlis Perutusan Tahun Baharu 2026 baru-baru ini, Mohamed Khaled berkongsi MINDEF sedang mengorak langkah proaktif bagi merapatkan jurang tatakelola.

Beliau berkata sudah tiba masanya MINDEF melaksanakan kerangka ESG dengan lebih kemas dan menyeluruh.

Langkah memperkukuh tadbir urus itu dilihat signifikan susulan beberapa isu ATM yang mendapat perhatian awam kebelakangan ini.

Isu-isu tersebut termasuk kebajikan anggota, proses perolehan dan pengurusan dalaman pasukan keselamatan negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories