the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mohd Naim Kurniawan penuhi tiga prasyarat calon BN PRK Kinabatangan

Mohd Naim Kurniawan, calon BN PRK Kinabatangan, memenuhi tiga prasyarat utama iaitu legitimasi parti, sokongan akar umbi dan keupayaan bawa mandat.

KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, memenuhi tiga prasyarat penting.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata anak bekas Pengerusi UMNO Sabah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu memenuhi prasyarat legitimasi organisasi, penerimaan akar umbi dan keupayaan membawa mandat rakyat.

Beliau berkata keupayaan memenuhi prasyarat itu penting kerana kesinambungan kepimpinan bukan sekadar soal keturunan semata-mata.

“Beliau dipilih melalui pertimbangan institusi parti, disokong jentera akar umbi dan membawa nilai kesinambungan perjuangan yang telah diterjemahkan melalui khidmat, bukan simbolik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Jafry menegaskan PRK Kinabatangan merupakan ujian terhadap kestabilan institusi politik dan keupayaan BN mengekalkan mandat pembangunan.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata UMNO Sabah akan berdiri teguh memastikan suara rakyat Kinabatangan terus terbela.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Mohd Naim Kurniawan dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK pada 24 Januari 2026.

Penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari 2026.

Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November lepas. 

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories