the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MotoGP Malaysia 2024 catat pulangan ekonomi RM694 juta

Penganjuran MotoGP Malaysia 2024 bawa pulangan ekonomi RM694 juta, ROI 6.3 kali ganda dan cipta 4,000 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR: Penganjuran MotoGP Malaysia pada 2024 menghasilkan pulangan ekonomi signifikan mencecah RM694 juta dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata acara itu menjana pulangan atas pelaburan sekitar 6.3 kali ganda bagi setiap RM1 yang dilaburkan kerajaan.

“Dianggarkan juga penganjuran MotoGP menyediakan lebih 4,000 peluang pekerjaan,” katanya dalam ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat.

Beliau menambah acara ini menyokong pelancongan dengan kehadiran lebih 16,000 pelawat antarabangsa.

Kerajaan mengambil alih operasi Litar Antarabangsa Sepang bagi mengembangkan aktiviti permotoran dan mempromosi Malaysia sebagai destinasi permotoran antarabangsa.

Meskipun perlumbaan F1 tidak lagi dianjurkan, Sepang International Circuit terus menganjurkan kejohanan MotoGP Malaysia.

Tahap penggunaan litar lumba SIC kini melebihi 75% kapasiti melalui perlumbaan serantau seperti Asia Le Man, GT World Challenge Asia dan Asia Road Racing.

“Kerajaan akan terus melihat bagaimana dapat dioptimumkan lagi fasiliti SIC untuk menjana pulangan tambahan kepada ekonomi negara,” kata Amir Hamzah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

Gem Sri Lanka 2026 concludes successfully: platinum sponsor GUILD propels industry growth

From January 7 to 9, Gem Sri Lanka 2026 was successfully held at the Shangri-La Hotel in the heart of Colombo, the capital of Sri Lanka. Her Excellency Dr. Harini Amarasuriya, Prime Minister of Sri Lanka, attended the official opening ceremony as the distinguished guest.
spot_img

Popular Categories