the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
29.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, disahkan pemimpin Bersatu, tanpa sebarang sebab diberikan.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.

Presiden Bersatu itu dalam kenyataan hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberi sokongan kepadanya, sepanjang beliau memimpin gabungan itu yang ditubuhkan sejak lima tahun lepas.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” katanya.

Pagi ini, seorang pemimpin kanan Bersatu memaklumkan bekas perdana menteri itu telah memuktamadkan keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN pada 12.13 tengah malam.

Bagaimanapun, tiada sebarang sebab diberikan berkaitan peletakan jawatan itu. 

Related

spot_img

Latest

Policy 101: Please read the front page

This paper doesn’t manufacture outrage; it documents reality: the Malaysia you see in traffic jams, mamak queues, unpaid overtime and that quiet sigh before tapping the petrol pump. It is not propaganda; it’s observation.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories