the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Najib sampaikan penghargaan secara peribadi kepada Raja Abdullah – peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Razak tidak menghantar surat ucapan terima kasih selepas didakwa menerima sumbangan daripada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah, kerana beliau telah menyampaikan penghargaan itu secara peribadi.

Peguam Najib, Datuk Tania Scivetti, berhujah bahawa anak guamnya tidak mengutus surat rasmi bagi menyatakan penghargaan kepada Almarhum Raja Abdullah kerana bimbang surat berkenaan mungkin jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata sebarang surat rasmi sebegitu perlu melalui saluran diplomatik yang berisiko mendedahkan perkara dianggap sensitif berkaitan sumbangan tersebut.

“Datuk Seri Najib kemudiannya menyampaikan sendiri ucapan terima kasih kepada Raja Abdullah.”

“Beliau sentiasa beradab, sopan dan menghormati pihak lain,” katanya semasa prosiding berkenaan.

Terdahulu, pada Januari lalu, bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan bahawa terdapat protokol rasmi yang perlu dipatuhi dan oleh sebab itu beliau tidak dapat membalas surat kepada Almarhum Raja Abdullah bagi menyatakan penghargaan atas sumbangan kewangan berjumlah 681 juta dolar AS (2.3 bilion ringgit) yang diterima kerana ia adalah perkara sensitif.

Hari ini merupakan hari keenam hujahan lisan pihak pembelaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam kes membabitkan 25 pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah 2.3 bilion ringgit.

Pada 6 Mei lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil 26 saksi untuk memberi keterangan dan mahkamah menetapkan sembilan hari bermula 21 Oktober bagi mendengar hujahan lisan.

Najib, 72, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah 2.3 bilion ringgit daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau 10,000 ringgit, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukan di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga 5 juta ringgit atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana 42 juta ringgit milik SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama

Related

spot_img

Latest

FIS Ski Jumping World Cup Opens in Lillehammer with CHiQ as Official Partner

LILLEHAMMER, NORWAY - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - From November 21 to 23, the 2025/26 FIS Ski Jumping World Cup officially launched its new season in Lillehammer, Norway, igniting the winter sports calendar with breathtaking momentum.

Merry Giftmas at Hong Kong International Airport: BEAUTY&YOU Unwraps the Ultimate Christmas Beauty Shopping Experience Discover Hong Kong’s Widest Range of Festive Gift Sets...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - This holiday season, BEAUTY&YOU by The Shilla Duty Free is turning travel time into gift time with "Merry Giftmas", a one-stop holiday shopping celebration packed with the city's most comprehensive collection of Christmas-edition beauty sets and exclusive perks from top brands around the world.

Most Viewed

Nissan Australia Unveils the All-New Navara for 2026 Debut

Nissan Australia has pulled the covers off the next-generation Navara, marking a major update to one of the brand’s most recognisable nameplates. Set to reach showrooms in Australia and New Zealand by the end of the first quarter of 2026, the new model continues the legacy of a pickup that has earned the trust of around half a million buyers since the very first Navara appeared in 1986.Nissan says the latest generation carries forward the spirit of its predecessors with a tougher design, a new turbodiesel engine and driving dynamics specifically tuned for the demanding roads of Oceania.

Projek ‘gajah putih’ catat penurunan

Jumlah projek perumahan sakit, lewat dan terbengkalai menunjukkan trend penurunan hasil tindakan pantas Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.
spot_img

Popular Categories