the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

NIOSH tawarkan kursus keselamatan pekerjaan percuma untuk 10,000 pekerja sektor pelancongan

NIOSH tawarkan kursus asas KKP percuma kepada 10,000 pekerja pelancongan, dengan peruntukan RM2.65 juta, bagi sokong Tahun Melawat Malaysia 2026.

BANGI: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menawarkan kursus asas keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara percuma kepada 10,000 individu dalam sektor pelancongan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata program itu mempunyai peruntukan sebanyak RM2.65 juta.

Dikenali sebagai Latihan Induksi Keselamatan untuk Industri Pelancongan (SITI), program ini dirangka khusus untuk memastikan tenaga kerja sektor pelancongan mempunyai pengetahuan mencegah insiden.

“Mereka yang dimaksudkan termasuk pemandu pelancong, pengusaha pelancongan, pekerja atau kontraktor, kakitangan dan penyedia penginapan,” katanya.

Beliau berkata golongan ini akan ditawarkan menyertai program SITI bagi melaksanakan pekerjaan mengikut piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Ia juga selaras dengan inisiatif menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026,” jelas Ramanan.

Permohonan dalam talian bagi menyertai latihan itu akan dibuka mulai 25 Januari ini di laman www.niosh.com.my.

Menurut Ramanan, durasi program SITI hanya tujuh jam sahaja dan dijalankan sama ada secara dalam talian atau bersemuka di kemudahan NIOSH seluruh negara.

Para peserta yang berjaya menamatkan kursus akan diberikan pasport keselamatan secara digital yang mempunyai tempoh sah laku dua tahun.

“Sama seperti pasport keselamatan bagi industri lain yang dikeluarkan NIOSH, pemegang pasport SITI juga akan mendapat perlindungan insurans dalam dan luar negara,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif NIOSH Datuk Ayop Salleh berkata program SITI memberi tumpuan kepada lima komponen utama.

Komponen itu antaranya pencegahan insiden, undang-undang dan peraturan KKP, langkah keselamatan dalam pelancongan dan kawalan risiko.

“Sektor pelancongan mempunyai risiko tersendiri yang perlu ditangani melalui latihan sistematik merangkumi pelbagai aspek seperti pengangkutan, penginapan dan penyediaan makanan,” katanya

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories