Thursday, November 6, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nurul Izzah ajak wakil rakyat PKR sumbang bantuan SARA kepada golongan memerlukan

The Sun Webdesk

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengajak wakil rakyat parti itu dan orang ramai yang berkemampuan untuk pass it forward atau memanjangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 diterima mereka kepada golongan memerlukan.

Nurul Izzah menerusi hantaran di Facebook berkata beliau dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Parlimen Gombak sudah berpakat melaksanakan langkah itu hari ini.

“RM100 mungkin nampak kecil bagi mereka yang hidup serba cukup. Namun, jumlah ini besar ertinya bagi golongan serba kekurangan. Ia boleh jadi rezeki yang mengenyangkan perut anak-anak dan keluarga tersayang.

“Merdeka bukan sekadar satu slogan, tetapi hasil perjuangan kita bersama. Tiba masanya untuk kita memberi semula kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan. Jangan biarkan sesiapa pun tersisih! Setiap orang berhak untuk menikmati hidangan di atas meja mereka,” katanya.

Nurul Izzah turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia pada hantaran itu.

SARA RM100 ialah bantuan tunai sekali bayar diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa perlu membuat permohonan dan boleh digunakan di lebih 7,000 premis perniagaan berdaftar seluruh negara sehingga 31 Dis ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

pCloud Launches 11.11 Exclusive Offer: Lifetime Storage and Encryption Plans at Record-Low Prices

ZUG, SWITZERLAND - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - Swiss-based cloud storage provider pCloud, trusted by more than 22 million users worldwide, announced today the launch of its exclusive 11.11 Mega Sale for Asia.

Most Viewed

Galaxy Macau Presents Tatler Off Menu

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Galaxy Macau Presents Tatler Off Menu, taking place from November 14 to 15, reaffirms the premium resort's position as the premier stage for culinary excellence in the region.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img