the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Operasi SAR besar libatkan 51 anggota cari lelaki jatuh di Linkedua

51 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi SAR mencari lelaki tempatan dipercayai jatuh dari Jambatan Linkedua di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Sebanyak 51 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki tempatan yang dipercayai jatuh ke dalam laut dari Jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Mohd Azlan Abdul Kadir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.20 malam semalam daripada Balai Polis Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Operasi SAR telah dimulakan semalam dan diteruskan hari ini dengan usaha mengesan mangsa berusia 33 tahun itu menggunakan bot,” katanya.

Operasi tersebut membabitkan Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-511 3622 atau 07-511 4486.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories