Thursday, November 6, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Paip bocor bawah tanah punca lubang benam di Bayan Lepas

The Sun Webdesk

Lubang benam di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas dipercayai berpunca daripada paip bocor bawah tanah, siasatan sedang dijalankan

BAYAN LEPAS: Kejadian lubang benam di Jalan Dato Ismail Hashim dipercayai berpunca daripada paip bocor di bawah tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada paip bocor itu milik PBAPP atau IWK.

“Hasil kerja pengorekan di tapak mendapati terdapat aliran air bawah tanah yang dipercayai menjadi punca mendapan jalan,” katanya ketika meninjau lokasi kejadian.

JKR telah memaklumkan perkara ini kepada PBAPP dan IWK untuk siasatan lanjut dengan kerja pengorekan diteruskan.

PBAPP akan menjalankan ujian untuk mengesan punca kebocoran dengan lebih tepat.

IWK akan melaksanakan kerja-kerja pengukuhan saliran paip yang terdapat kira-kira 21 kaki di bawah tanah.

Bagi keselamatan orang ramai, Jalan Kenari telah ditutup sepenuhnya dari persimpangan Jalan Datuk Ismail Hashim.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sungai Ara 1, Jalan Persiaran Relau atau Jalan Kedidi.

Pemeriksaan tanah dan pemantauan berterusan sedang dijalankan bagi memastikan kawasan berhampiran selamat.

“Ketika ini di kawasan lubang benam itu tiada takungan atau pergerakan air,” jelas Zairil.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pergerakan air di bawah tanah berikutan kebocoran paip yang masih berlaku.

“Kita tak nak tampung tanah dan berlaku lagi pergerakan air serta tanah di bawah sehingga boleh menyebabkan lubang benam terjadi semula.”

IWK sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di semua paip milik syarikat itu di Pulau Pinang.

Syarikat itu merancang untuk menukar paip terutamanya di kawasan George Town yang telah berusia lebih 50 tahun.

Zairil menafikan dakwaan kejadian lubang benam itu disebabkan pembinaan projek LRT Mutiara Line.

“Tiada kaitan dengan projek LRT, masalah ini dah berlarutan bertahun-tahun,” tegasnya.

Beliau menjelaskan ia merupakan masalah paip uzur yang memerlukan penggantian melibatkan kos tinggi.

Lubang benam di hadapan SMK Sungai Ara berukuran 5 meter panjang dan 3.5 meter lebar.

Ia berdiameter 1.9 meter dan masih dalam proses pembaikan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

XTransfer and Bank SinoPac Announce Partnership at Hong Kong FinTech Week

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - XTransfer, World's Leading B2B Cross-Border Trade Payment Platform and Bank SinoPac, acting through its Hong Kong Branch (hereinafter referred to as the Bank SinoPac Hong Kong Branch) are pleased to announce a comprehensive collaboration.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img