the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Parlimen bincang smart lane, dasar lori lebih muatan dan perjanjian perdagangan

Ahli Parlimen bangkitkan isu pelaksanaan smart lane, impak penguatkuasaan dasar lori lebih muatan dan kedudukan Malaysia dalam perjanjian ART.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan lorong pintar atau ‘smart lane’, impak penguatkuasaan dasar lori lebih muatan oleh JPJ serta kedudukan Malaysia dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara perkara dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Manndzri Nasib (BN-Tenggara) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan mekanisme pemantauan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan pelaksanaan smart lane tidak meningkatkan risiko kemalangan.

Beliau turut bertanya mengenai penggunaan teknologi yang diguna pakai untuk tujuan tersebut.

Pada sesi sama, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengemukakan soalan kepada Menteri Pengangkutan mengenai impak sebenar penguatkuasaan serta-merta dasar lori lebih muatan sejak Oktober 2025.

Wee ingin tahu kesannya terhadap rantaian bekalan, kos logistik dan kos sara hidup rakyat.

Beliau juga mempersoalkan mengapa penguatkuasaan itu dilaksanakan tanpa tempoh peralihan yang munasabah.

Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) pula mengemukakan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perladangan dan Industri berhubung kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan dan komitmen terhadap ART.

Hamzah meminta perbandingan dengan negara Asia Tenggara lain yang belum menandatangani atau meratifikasi perjanjian itu.

Beliau juga ingin tahu justifikasi kerajaan meneruskan perjanjian berkenaan walaupun terdapat negara serantau yang memilih untuk tidak berbuat demikian.

Turut tersenarai, pertanyaan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau bertanya mengenai kriteria dan faktor yang diambil kira oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menilai semula kelayakan penerima bantuan sedia ada.

Soalannya juga menyentuh usaha memperketatkan pemberian bantuan kebajikan bulanan.

Usai sesi soal jawab lisan, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli Parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

foodpanda boosts bigger grocery runs with new, upsized pandamart stores

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 21 January 2026 - foodpanda, the nation's leading food and grocery delivery platform, has launched two new upsized pandamarts (known as pandamart XLs) in Kallang and Yio Chu Kang, to support growing preference for convenient grocery runs with wider assortment choices and reliable availability of everyday essentials.
spot_img

Popular Categories