the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen labuh tirai, 15 rang undang-undang diluluskan

Sidang Dewan Rakyat tamat selepas 35 hari dengan kelulusan 15 rang undang-undang, termasuk Belanjawan 2026, dan pelbagai usul.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 telah melabuhkan tirainya hari ini.

Sidang selama 35 hari sejak 6 Oktober lalu itu menyaksikan 15 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan, termasuk RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata mesyuarat itu juga meluluskan Usul Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 serta dua usul kementerian.

“Pada tahun depan lebih banyak program yang akan diadakan untuk merakyatkan Parlimen dan penglibatan awam oleh Parlimen Malaysia,” katanya dalam ucapan penangguhan.

Beliau turut menyatakan terdapat empat sesi penerangan menteri dan enam sesi Penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan.

Pada tahun ini, Parlimen Malaysia telah menganjurkan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 dan program Sekolah Parlimen.

Selain Belanjawan, antara RUU yang diluluskan ialah RUU Pasport (Pindaan) 2025, RUU Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Antibuli 2025.

Turut diluluskan RUU Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 dan RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025.

Senarai kelulusan turut merangkumi RUU Kewangan 2025, RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) (No.2) 2025 dan RUU Rukun Tetangga (Pindaan) 2025.

RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 dan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 juga diluluskan.

Sidang turut meluluskan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 dan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025.

RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 dan RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 turut mendapat kelulusan.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Related

spot_img

Latest

Dua kanak-kanak lelaki hanyut di longkang besar

Dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyut arus deras di sebuah longkang besar di Kajang, dengan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Microsoft faces EU complaint over Israeli surveillance data

Microsoft faces an EU complaint alleging it illegally stored Palestinian data used for Israeli military surveillance, with Ireland's data watchdog now assessing the case.

Most Viewed

Carrascal Nickel Corporation Advances Responsible Mining and Community Development in Surigao del Sur

CARRASCAL, PHILIPPINES - Media OutReach Newswire - 4 December 2025 -Carrascal Nickel Corporation (CNC) reaffirms its commitment to responsible mining and long-term sustainability through continuous environmental management efforts and community-centered development programs in its host and neighboring communities.
spot_img

Popular Categories