the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
25.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barang kemas RM19,300

Polis Mersing tahan pasangan kekasih lelaki dan wanita disyaki mencuri barang kemas bernilai RM19,300 dari sebuah kedai emas di Endau.

MERSING: Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Johor Bahru selepas disyaki mencuri barang kemas bernilai RM19,300 di sebuah kedai emas di Endau.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan antara pukul 10 malam hingga 11.40 malam pada Jumaat.

Hasil siasatan mendapati pasangan itu dipercayai terlibat dalam kes kecurian tersebut.

Polis merampas sebuah kereta dan dua set barang kemas yang dipercayai terlibat untuk siasatan lanjut.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah, manakala ujian air kencing pula adalah negatif,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Pasangan terbabit telah direman selama empat hari bermula Sabtu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories