the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 9, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pasangan suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes dera kanak-kanak

Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemui terbiar di Nilai.

NILAI: Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun di daerah ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talha di Mahkamah Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata permohonan reman dibuat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Kedua-dua mereka berasal dari Sabah dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan,” katanya.

Kes penderaan itu terbongkar pada Selasa lepas apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar.

Kanak-kanak itu ditemui ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai pada 5.30 petang.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis.

Susulan itu, ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak terbabit ditahan di IPD Nilai bagi membantu siasatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories