Tuesday, November 11, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PBB puji pendirian Malaysia terhadap isu Palestin di sidang kemuncak

Setiausaha Agung PBB puji pendirian teguh Malaysia mengenai Palestin dan kesediaan sertai misi pengaman Gaza dalam sidang kemuncak ASEAN.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memuji pendirian teguh Malaysia terhadap isu Palestin dan kesediaan untuk menyertai kemungkinan misi pengaman PBB di Gaza.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata butiran mengenai misi itu masih dalam pertimbangan.

“Yang penting sekarang ialah memastikan gencatan senjata dikekalkan dan fasa pertama perjanjian dilaksanakan sepenuhnya.

“PBB bersedia memainkan apa jua peranan yang diputuskan oleh pihak utama yang terlibat, sebaik sahaja pengaturan gencatan senjata beralih ke fasa seterusnya,” katanya pada sidang media sebelum Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-15, yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini.

Beliau turut memuji dasar luar Malaysia yang disifatkannya sebagai konsisten dan adil, bebas daripada dwistandard, dan terus menyokong kuat hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mencapai pembentukan sebuah negara.

Gencatan senjata terbaharu di Gaza berkuat kuasa pada 9 Okt lepas, ialah fasa pertama dalam perjanjian damai pelbagai peringkat antara Hamas dengan Israel. Langkah itu menandakan kejayaan diplomatik, memberikan sinar harapan untuk keamanan selepas perang selama dua tahun, walaupun masih ada keraguan sama ada perkara itu mampu membawa keamanan berpanjangan dan memulihkan wilayah yang musnah.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk menghantar anggota bagi menyertai misi pengaman di Gaza yang diketuai PBB.

Dalam perkembangan lain, Guterres melahirkan kebimbangan terhadap konflik yang semakin buruk di Sudan, susulan laporan bahawa kumpulan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF), telah menawan bandar El-Fasher di wilayah Darfur.

Beliau berkata perkembangan itu menandakan peningkatan serius dalam perang saudara yang sedang berlaku sambil menggesa masyarakat dunia supaya berhenti mencetuskan konflik melalui campur tangan luar.

“Tahap penderitaan yang kita saksikan di Sudan amat tidak tertanggung. Jelas bahawa kita bukan sekadar menyaksikan masalah rakyat Sudan dengan tentera dan RSF bertempur sesama sendiri.

“Kita melihat semakin banyak campur tangan luar yang menjejaskan peluang untuk mencapai gencatan senjata dan penyelesaian politik,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Guterres menyeru semua negara yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk menghentikan segera bekalan senjata dan menyokong tentera Sudan serta RSF, sambil menegaskan bahawa tindakan mereka hanya merosakkan peluang keamanan.-Bernama

Related

spot_img

Latest

HKSTP Debuts at SWITCH 2025 Singapore with Hong Kong Startups Shining at Prestigious SLINGSHOT Pitch Event

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 11 November 2025– Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a delegation of 10 standout startups from AI, Urban & Environment and Health & Wellness for its first-ever HKSTP pavilion at Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) 2025, held on 29-31 October.

Powerwell secures RM9.5m data centre contract in Selangor

Powerwell Holdings Bhd’s subsidiary, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, has clinched a RM9.5 million contract to supply switchboards and components for a data centre project in Selangor. Managing director Catherine Wong Yoke Yen said this marks the company’s third data centre win this financial year, underscoring its expertise in Malaysia’s fast-growing digital infrastructure sector. With an order book of RM117 million as of June 2025, Powerwell plans to capitalise on opportunities across data centre, infrastructure, and renewable energy projects.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories