the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PDRM perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi tangani isu media sosial – KPN

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.

“Saya percaya ini keutamaan PDRM, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat sentiasa terpelihara, bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa-masa akan datang.

“Menteri Komunikasi turut berharap agar kerjasama erat antara PDRM dan kementerian dapat digembelengkan sepenuhnya, terutama dalam menangani isu-isu yang melibatkan media sosial,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu, di sini hari ini.

Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Lianson Fleet divests Yinson Hermes, strengthens capital base for growth

Lianson Fleet Group Bhd has completed the disposal of an anchor handling tug and supply vessel for US$10.0 million (approximately RM40.7 million), marking another step in its broader portfolio rebalancing and diversification journey. The move reflects the group’s focus on streamlining operations, unlocking asset value and positioning its capital base for longer-term growth across other marine asset classes.
spot_img

Popular Categories