the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai kanan tentera didakwa suapan RM34,500 lindung aktiviti seludup

Pegawai kanan tentera didakwa terima suapan RM34,500 bagi lindungi aktiviti seludup di Johor, mengaku tidak bersalah di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan RM34,500 sebagai upah tidak melaporkan aktiviti penyeludupan barangan dari negara jiran, Julai lepas.

Pegawai berusia 53 tahun itu didakwa sebagai Ketua Cawangan Rancang dan Kempen Gerak Saraf Perang Saraf, Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia menerima suapan tersebut melalui dua individu sebagai upah tidak melaporkan aktiviti penyeludupan di Kota Tinggi, Johor yang sepatutnya dilaporkan mengikut tugasannya.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominum di Jalan Dua, Chan Sow Lin di sini pada Julai 2025 dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melapor diri ke pejabat SPRM terdekat sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM6,000 atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik dan tidak pernah gagal melaporkan diri kepada SPRM sepanjang siasatan.

“Tertuduh masih perlu menjalankan tugas seperti biasa dan memerlukan pasport untuk membolehkannya ke luar negara. Saya memohon pihak media tidak mendedahkan nama tertuduh berikutan kedudukannya sebagai pegawai risikan pertahanan terlibat dalam operasi sensitif,” katanya.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan berkaitan nama itu dan menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai.

“Mahkamah tidak menahan pasport tertuduh tetapi dia perlu membuat laporan secara bertulis kepada mahkamah setiap kali perlu bertugas ke luar negara,” katanya. 

Beliau menetapkan 2 Dis untuk sebutan semula kes. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HKU TEC Leads 30 Startups to Partake in HKTDC Entrepreneur Day 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - The University of Hong Kong Techno-Entrepreneurship Core (HKU TEC) will organise 30 developing startups to participate in the HKTDC Entrepreneur Day, an entrepreneurial event to be held on 4th and 5th December 2025 at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

ICONSIAM to Host “Amazing Thailand Countdown 2026” Showcasing Thailand as One of the World’s Top Countdown Destinations

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 – ICONSIAM, the global landmark on the Chao Phraya River, will host the “Amazing Thailand Countdown 2026”, a five-day festival from 27–31 December 2025 at River Park, celebrating its 7th anniversary and cementing Bangkok as a premier year-end destination.

SCG Partners with Rondo Energy To Launch ‘Southeast Asia’s First Industrial Heat Battery’, Unlocking 24-Hour Clean Energy Storage for Industry

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire – 2 December 2025 - SCG, through its subsidiary SCG Cleanergy, has joined hands with Rondo Energy, a leading U.S. developer of industrial heat battery technology, to launch Southeast Asia's first industrial heat battery at SCG's cement plant in Saraburi Province.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories