the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar tahfiz 13 tahun hilang dari madrasah di Tangkak

Polis cari Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid, 13 tahun, hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil sejak Selasa.

TANGKAK: Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid kali terakhir dilihat di perkarangan madrasah.

Mangsa memakai jersi biru gelap dan seluar tiga suku hitam dengan garisan putih di sisi.

“Pelajar itu mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis terdekat.

Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Amira Ibrahim di talian 011-6156 5593. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories